Tuesday, December 29, 2009

Jaulah Ireland 2009 Part 1

Langit mencurahkan isi putihnya di bumi Sheffield mengiringi permulaan perjalanan kami, rombongan pemuda seramai 5 orang (saya, Thoriq, Ibrahim, Faris dan Pisang/Ruzaini sebagai ketua gerombolan) dari Sheffield ke Ireland dari 20 Disember 2009 hingga 27 Disember. Misi kami; meneliti keindahan alam ciptaan illahi, merapatkan ukhwah sesama muslim dan menimba pengalaman berharga.



Di depan rumah Pisang ketika salji mula turun.

Perjalanan dimulakan dari rumah Pisang (Ruzaini) untuk ke stesen bas Sheffield dan seterusnya ke East Midlands airport di mana penerbangan kami ke Belfast dijadualkan akan berangkat pada jam 5.30 pm. Dalam kegirangan hendak memulakan perjalanan, ujian kami yang pertama melanda. Salji lebat menyebabkan bas kami ke East Midlands Airport mengalami kelewatan. Apabila bas sudah selamat membawa kami ke East Midlands Airport, jam telahpun menunjukkan pukul 5.10pm. Kami berkejar untuk melepasi sekuriti lapangan terbang menuju ke pintu pelepasan kami. Lagak seperti 'The Amazing Race' pun ada. Kami sempat sampai 5.27pm di depan pintu pelepasan. Tapi, ada rule yg dah disebutkan di tiket; penumpang kena sampai 30 min sebelum kapal berlepas. Kapal terbang masih di depan mata. Penjaga pintu mengarahkan kami untuk menunggu seketika di depan pintu pelepasan utk mendengar keputusan jika kami diberi peluang untuk masuk atau tidak. Hati kecil saya masih memyimpan harapan. Namun :

'I'm sorry, the plane is about to take off. You need to go back to the front desk and manage the transfer time of your ticket'
Kecewa. Burn tiket. Terpaksa beli baru. T_T

Kami diberitahu, kapal terbang yang seterusnya ke Belfast hanya ada pada waktu subuh hari berikutnya. Dengan hati yang hampa, Pisang membawa kami menumpang di rumah sahabatnya, di Nottingham bagi membeli tiket online,solat dan menunggu waktu flight seterusnya. Tuan rumah, Firdaus Rahim dan Arif menyambut kami dengan sangat baik. Kami meminjam komputer Arif dan membeli tiket kapal terbang seterusnya. Sedih. 78 quid melayang. T_T


White Board di ruang tamu seorang 'terorrist suspect'..lol

Waktu yang ada sehingga flight seterusnya kami gunakan untuk bercerita sesama sendiri. Hilang mengantok mendengar pengalaman dan kisah-kisah perjalanan senior-senior di UK menjelajah bumi Andalus, Turki dan Mesir. Nasihat mereka yang best: 'Kalau nak pergi ke satu tempat, kita kena kaji dulu betul-betul sejarah dia. Baru kita boleh betul-betul appreciate keunikkan tempat tu.' Nasihat yang membuat saya terfikir sejenak. Sebab sebelum ni bila fikir nak pergi vacation, saya hanya fikir nak pergi menangkap gambar dan melihat sekeliling sahaja. Mereka menjelajah sambil betul-betul menghayati kisah yang terjadi di sebalik tempat tersebut terutamnya mengenai jejak-jekak sejarah islam. InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki nak juga ke tempat-tempat tersebut dan buat perkara yang sama.=)
Erik, Ibrahim dan Thoriq mendengar cerita.


Faris, pisang dan firdaus mencuba 3 palm dish oleh Erik dan Arif.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan rumah yang melayan kami dengan sangat baik. My compliments for the '5 course meal' by Arif dan sahabatnya Erik. Sambil borak, mereka berdua menghidangkan 5 hidangan berbeza sepanjang malam, Alhamdulillah sedap pulak tu. First time rasa '3 Palm Dessert' dan kambing yang digoreng tanpa minyak. Layanan baik mereka banyak mengurangkan kehampaan kami yang terlepas flight. Hikmah di sebalik kami terlepas flight adalah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dari Notts ini. Walaupun hanya dengan borak, banyak ilmu yang saya dapat.


Faris, Arif, Cha, Firdaus, Me di dapur.

Masa singkat di Notts berlalu dengan sangat pantas. Skejap je dah kena bergerak ke Airport balik. Kami pergi awal kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Ada satu pisang ikut kami dah la. Hehe.

Alhamdulillah, flight kami ke Belfast tiada masalah. Cuma waktu nak berlepas dari East Midlands Airport, terpaksa tunggu dalam 30 min mereka defrost runway kapal terbang takut licin sangat.

....Sambungan kisah di Belfast di part 2

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha,Eid Mubarak!!

Tiada lembu disembelih di depan mata, tiada kedengaran takbir bergema, tiada keluarga di sisi gelak tertawa...Sememangnya Raya Korban atau 'Uddhiyah' mengikut orang Jordon (terbaca di blog ini )seperti dijangkakan begitu berbeza buat saya dan juga keluarga. Tapi jangan salah sangka, walaupun nada seakan-akan sedih, tapi sebenarnya saya amat gembira dan bersyukur.

Untuk diri saya, saya bersyukur dipanjangkan umur dan diberi peluang merasai pengalaman raya unik tak seperti majoriti rakan-rakan di Malaysia. Malam raya, saya bersama-sama dengan housemate takbir raya sendiri.

Pagi pula, pergi solat sunat aidiladha berkhutbahkan Bahasa Arab. Walaupun tak paham, rasenya dapat juga tangkap sikit bila dia sebut Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan qorban.Hehe.

Lepas selesai solat, ada kelas. Secara jujur, memang hari ni hari paaaaaling malas setakat ni nak pergi kelas.Tapi diorang amik attendance, maka kaki yang berat melangkah ke arah Mappin Building.

Petang pula, diisi dengan lab matlab 3 jam. Keluar-keluar je dah gelap dah. What a way to spend raya right? Huhu. Tapi, alhamdulillah, terasa juga suasana raya, albiet in a different way. Bila kat sini, muslim berbeza negara,kaum dan warna kulit mengucapkan 'Eid Mubarak' antara satu sama lain. Hari ni tiba-tiba semua jadi mesra.Huhu.

Untuk umi dan ayah, saya gembira akhirnya impian dan doa mereka untuk menjadi tetamu Allah dimakbulkan. Ketiadaan saya dan ibubapa di Malaysia menjadikan pengalaman baru untuk adik-beradik di sana. Kali pertama sejak lahir tak beraya bersama.

Sempena raya, saya cuba untuk menghubungi mereka beberapa minit sebelum pukul 8 pagi waktu Malaysia. Tanpa disangka, saya diberitahu mereka sudah pun pergi ke masjid. Biasanya sembahyang raya diorang ni memang liat nak bangun bersiap.Haha. Mungkin pengalaman tanpa Umi dan Ayah membuatkan mereka lebih independent dan sedar akan tanggugjawab mereka.....kot.InsyaAllah..=)
To them, I hope you are having a wonderful raya with the rest of the family at home. Boys,Jangan buli Amin..!=P ~Bila kat sini baru sedar betapa bestnya dapat jumpa adik-adik even just nak nyakat diorang..hahaha...[evil brother mode] . Tak kira they annoy us, selalu kacau kita, but our flesh and blood will always be our flesh and blood. =)

Owh, teringat waktu kecil dahulu,saya sempat bersekolah rendah di UK (ikut bapa yang menyambung pengajiannya di sini). Semasa raya, disebabkan waktu itu nasheed english tak populer lagi, kami diajar lagu raya ni:

'Hello Eid Mubarrak Hello!
Hello Eid Mubarrak Hello!
Hello Eid Mubarrak,Hello Eid Mubarrak,Hello Eid Mubarrak,Hello!'X3

and then ulang 2, 3 kali.Yes, memang sangat lame lagu ni, tapi at least time tue ada juga lagu raya nak nyanyi.Haha.

___________________________________________________________________
Kepada muslimin muslimat seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!! dan Eid Mubarak brothers and sisters!! =)

___________________________________________________________________

P.S:
~Iphone yang baru dibeli sebulan rosak.Takley on. Takley amik gambar raya. =(
~Good luck to my lil bro, Ameer, yang sedang menduduki peperiksaan SPM!!Angah will doakan your success and hopefully you can join me here or somewhere else outside Malaysia so that I can go and visit you there insyaAllah...Ameen.

Monday, November 9, 2009

United we stand

Kalau kat Malaysia, memang biasa kita jumpa masjid-masjid di setiap taman perumahan. Kalau kat shopping complex pun, majoriti ada surau disediakan untuk kemudahan solat bagi umat islam. Dah senang camni pun, ramai yang tak pergi pun untuk solat (saya mengaku, saya pun sama..solat di rumah je..T_T ).


Kalau kat UK pula, bila muslim itu satu minoriti, lain pula halnya. Kalau keluar jalan-jalan dan nak solat, kena melalui beberapa cabaran.


Gambar Hiasan(Meadowhall)

Cabaran first, nak amik wudhu'. Kalau kat Malaysia nak amik wudhu memang ada tempat disediakan. Tandas pun penuh dengan paip air. Kalau kat sini, paip air ada dekat sinki sahaja.Maka kalau nak basuh kaki tu, kena angkat kaki tinggi-tinggi.Boleh je kalau nak tadah air dan sapu, tapi mat salleh tak brape suka kalau lantai tandas diorang basah sangat.Maka tak buat camtu la untuk menghormati mereka.(Tapi, nama pun amik wudhu', mesti la basah jugak skit kan?) .Cabaran wudhu' bukan itu sahaja.Kat sini biasanya kat sinki ada dua kepala paip.Satu untuk air panas,satu lagi untuk air biasa;tapi disebabkan cuaca yang sejuk, maka sejukla air biasa tu.Kadang-kadang tandas ada air sejuk sahaja.Pergh!Bila amik wudhu memang menggigil sejuk. Ada air panas pun, lepas dah ambil and keluar dari tandas, rasa sejuk cuaca luar pula. Lagi best time-time berangin.

Cabaran kedua pula, nak solatla.Nak cari tempat yang sesuai untuk solat.Kalau kat shopping complex memang orang ramai kat mana-mana.So biasanya kena solat kat luar. Pertama, kena cari spot yang agak bersih dan tak menyusahkan orang ramai.Takkan tengah-tengah kawsan orang lalu lalang kita nak solat kan?Lepas tu, kena pakai sesuatu untuk dijadikan alas tempat solat.Kalau tak bawak sejadah sendiri, biasanya jaket la jadi mangsa.Pengalaman saya sendiri, solat kat luar kat kawasan car park, dia bawak sejadah.Tapi sejadah tu jenis kain nipis, so bila time nak solat tue, memang sejadah tu macam nak terbang pergi.Nasib baik kaki tengah pijak pangkal sejadah tu.Kalau tak memang dah terbang.

Cabaran ketiga pula, time solat.Takut ada orang atau binatang menganggu. Kisah dari senior, time diorang solat di bus stand, tetiba ada dua orang gadis mat salleh datang.Diorang tanya, "What are you doing?Can we join you?".Tapi sebab tengah solat, buat dunno jelakan.Lepas selesai solat baru pergi kat diorang nak explain.(susah kalau ada orang salah anggap kat sini.lagipun, mungkin peluang untuk dakwah?=]).Kalau ada kawan, boleh gilir-gilir solat.Seorang on the lookout dan seorang lagi solat.Kalau solat sorang je, susah skit.Kena pandai skit la pilih tempat dan tawakkal takde sape datang menganggu.

Firman Allah s.w.t:

…Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.”
~Surah Al-Maa-idah: 6

Hehe, nama je cabaran tapi sebenarnya takdela sukar sangat nak buat kalau kita betul-betul ikhlas dengan ibadah kita.Islam tue memang mudah dan boleh diamalkan di mana-mana sahaja.Paling teruk pun, kalau duduk atau baring pun boleh solat lagi.MasyaAllah..=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
~Surah Al-Hujurat : 10

Semalam, saya berpeluang pergi ke masjid di Dewford untuk international meeting of muslims dari Yorkshire. Terus terang, sebenarnya hati berbelah bahagi nak pergi sebab pada waktu yang sama ada match MU lawan Chelsea.Haha.Walaubagaimanapun, alhamdulillah, saya tak menyesal pergi ke Dewford.(sebab MU kalah...lalala~joking).Memang kagum melihat masjid Dewford yang besar seperti di Malaysia dan juga madrasah di sebelah masjid. Menarik juga melihat muslim dari negara-negara lain. Walau latar belakang berbeza, tapi semuanya di bawah satu ikatan keluarga muslim.

Masjid di Dewford

Bakal-bakal tahfiz di Dewford Mosque

Lepas habis meeting dan tazkirah, kami dijuadahkan dengan makanan nasi dan kari kambing. Alhamdulillah, kenyang (saya melantak kambing...lol).

P.S:
~Gambar dari Iphone, tak brape jelas juga.>.<''
~ 1 game does not win titles...glory-glory Man United!!=P
~Kenapa saya tak pergi tutorial?ish3....






Saturday, November 7, 2009

Robin Hood dan lelaki-lelaki ceria

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sebulan berada di United Kingdom. Cuaca pun dah makin sejuk.Sepanjang hari dalam rumah pun mengigil, kat luar takyah cakap la.Yang peliknya, orang lain rileks sahaja, saya je yang lebih-lebih.Mungkin sebab kurang lemak berbanding orang lain?Impossible...

Gambar di gate Nottingham/Robin Hood Castle...=)



Hrrmm..Lama jugak tak update blog rupanya. Bukannya takde cerita nak dikongsi, sebenarnya banyak sangat cerita yang nak cerita tapi tak dapat nak cerita semua. Kesuntukan masa kot?Entahlah, cuma kebelakangan ni dengan cuaca yang semakin sejuk dan pelajaran yang semakin susah, perasaan mim alif lam siin datang balik.Adieh...Harap-harap blog ni pun tak tersadai macam blog-blog yang lepas....Amin.=S...(kalau ada permintaan tak tersadai kot...lalalala~^_^)

Okay, firstly, Notts Game.Notts game,untuk sesiapa yang tidak tahu is an annual event yang mengumpulkan pelajar Malaysia dari serata UK untuk bersama-sama menyertai acara sukan dan permainan di bawah tajaan MSD(Malaysian Student Department) dan telah dijalankan pada 31 Okktober lepas.Setakat ini, saban tahun dijalankan di Universiti of Nottingham (Universiti Dato Seri Najib dulu).Sebenarnya, University of Sheffield ada juga Sheffield Games, tapi sebab tak dapat tajaan dari MSD macam Nottingham games, so tak la besar sangat(kata senior la).Sheffield Games insyaAllah dalam bulan March(kot) tahun depan.Maka sesiapa student dari UK yang tak puas hati kat Notts game atau sesiapa yang nak tengok Sheffield ni macam mana, jom datang beramai-ramai!(Tak pasal-pasal promote.>.<'')
Bergambar di taman Robin Hood Walk

Cakap pasal Notts Game balik, saya memang sangat kagum dengan bilangan Malaysians yang ada kat Notts game. Lebih mengagumkan bila fikir yang datang kat Notts Game baru berapa kerat je, postgraduate dan orang yang malas nak pergi pun ramai lagi. Sangat ramai di UK rupanya. Di Malaysia dulu tak pernah terfikir pun. Kat Notts ni ada banyak pertandingan, tumpuan utama bola sepak, bola keranjang dan sukan-sukan lain seperti tennis,voleyball, badminton.Tidak kurang juga permainan seperti congkak dan batu seremban. Saya?Masuk 'sukan' catur.Result?Kalah.Takde rezeki.Top 5 pun tak dapat.Tapi, rasanya ada hikmah juga kalah awal.Dapat pergi berjalan-jalan di Nottingham dengan rakan-rakan ex-KMS dan juga kenalan-kenalan baru dari University of Bath.=) ..Notts game juga special sebab ada gerai-gerai makanan melayu kat situ. Laksa,nasi ayam,nasi lemak,cendol etc.Kalau ikutkan hati, memang semua benda nak makan, tapi tak dapat, dan tak sempat sebab sekejap je makanan semua habis.Ramai orang Malaysia rindu makanan malaysia.T_T


Joe bersedia untuk membuli lawan..hehe




Bercakap pasal kenalan, Alhamdulillah, ramai kenalan dan rakan lama dapat jumpa balik kat Notts.Budak SDAR, KMS,debaters dan banyak lagi. Tapi terasa la juga bila jumpa dengan sorang junior kat SDAR dulu yang cakap, 'Cat kan?Tadi takut nak tegur takut tersalah cam.Dah berisi sikit'..Adieh..takpela..redha.Azam->Notts game tahun depan takde sape cakap saya berisi..haha(Joe...herbalife??hehehehe...joking).


Robin Hood Walk juga.


Setelah selesai perlawanan final bola sepak di antara Dublin dan Sheffield(Dublin menang, 3 tahun berturut-turut dah), pada pukul 7 malam saya pulang dari Nottingham ke Sheffield balik. Rasanya masa sangat singkat, tak sempat nak catch-up dengan semua orang dan menyesal jugak pasal beberapa perkara~laksa!!uhuk2~InsyaAllah, tahun depan panjang umur akan datang lagi..nak jumpa semua orang..=)

Ex-KMS

Afiq UIA yg hebat bermain tennis oops, Cardiff(terangnya..)

Seterusnya,

Firman Allah S.W.T:

"Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun apply, akhirnya ibubapa saya berjaya menyahut panggilan Baitullah.Sebelum ni dah brapa kali nak pergi, asyik tak jadi.Sangat bersyukur tahun ini akhirnya doa Umi dan Ayah dimakbulkan.


Moga mereka selamat mengerjakan Haji dengan mabrur.Amin=)

Agaknya bila saya pula dapat jemputan ke sana ya?(Tahun depan dah plan nak pergi Europe..adieh..>.<'')


PS: ~Gambar-gambar tak berapa elok, camera bukan SLR..T_T ~Tajuk post diambil dari 'Robin Hood and his Merry men' ~2 darjah celcius kat sini..BrrrT_T


Mensasarkan ke depan!!Yosh!

Monday, October 19, 2009

Perkhemahan Fresher's

Terus terang..pada mulanya tak tahu kenapa nak join freshers camp ni. Dalam banyak perkara, kita sering skeptikal mengenai sesuatu itu, dan mudah membuat andaian tanpa mencuba dahulu perkara tersebut.



'Diwajibkan kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui' (Surah Al-Baqarah 2:216)

Jelas, kita tidak seharusnya takut akan mencuba sesuatu terlebih dahulu .(selain dari perkara2 yang terang2 hanya merosakkan.)Slalu bertanya pada diri sendiri..y not?Kebanyakan masalah pelajar ialah mereka tidak berani untuk melakukan sesuatu yang mereka mahu lakukan apabila rakan mereka tidak melakukan perkara yang sama. Kita haruslah ada premis kita sendiri dan berani melakukan sesuatu sebelum kita menyesal kerana tidak melakukannya. Pedulikan apa orang kata, yang penting, kita sendiri tahu apa yang kita mahu lakukan dalam kehidupan. What you do now will shape who you are in the future.You are what you think. Adakah anda hanya mahu belajar jauh2 di UK dan dapat segulung ijazah sahaja?Atau anda mahukan lebih?~



Kontijen seramai 12 orang peserta dari Sheffield berangkat ke Welsby Forest Nottingham pada petang Jumaat pukul 6 petang.(Ada adengan terpaksa menempuh kesejukan diluar rumah sebab ada orang suruh tunggu kul 5..adieh..takpela..dugaan..T_T). Sepanjang perjalanan dalam tempoh satu jam tersebut, saya masih tertanya-tanya mengapa saya menyertai kem ini.Sebenarnya, saya sebelumnnya takde niat langsung nak masuk.Tapi,masa senior(kak eica=P) msg tanya nak masuk atau tidak, tak tahu kenapa, saya jawab ye je.>.<''.Alhamdulillah, mungkin Allah nak kasi hidayah kot.=) Kem ini disertai oleh pelajar dari 4 buah Universiti; Sheffield,Leeds,Nottingham dan juga Warwick. Alhamdulillah, peluang yang baik untuk berkenalan dengan ramai pelajar2 lain yang hebat2 dan semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.Walaupun saya sebenarnya umur setahun lebih tua dari mereka(setaun je pun...>.<'' ) tetapi rasenye tidak terase kot perbezaan tersebut kerana pemikiran saya tak matang lagi.=)


Kalau bukan sebab kem ni, saya mungkin tidak akan dapat tahu yang saya mempunyai seorang super senior(dah tamat blaja kat Sheffield) yang hebat.Beliau telah diberi dugaan oleh tuhan namun mengharungi setiap cabaran dengan kesabaran dan keimanan yang kuat.Nak tahu lebih lanjut?Baca blognya di sini. Seseorang yang banyak membuka mata dan memberi inspirasi kepada saya.

Selain itu, banyak ilmu yag telah dapat diperolehi terutamanya mengenai hukum2 hidup di luar negara ni.Tentunya, hidup di luar negara bukan seperti di Malaysia.Malaysia ada banyak masjid, surau,mussola, dan masa biasanya diperuntukkan bagi orang islam untuk menunaikan solat di Malaysia. Di negara di mana muslim adalah minoriti, tentunya keadaan berbeza. Maka kesemua perkara perlu dilakukan mengikut kesesuaiannya. Ironinya, kem ini kebanyakkan aktivitnya telah dikendalikan di dalam dewan yang juga fungsinya adalah sebuah bar.(tapi diorang tgh tak pakai la.). Baru 3 minggu kat UK dah banyak dah pengalaman masalah dihadapi apabila nak menunaikan solat. Sebelum kem ini pun, bukan kali pertama saya solat dalam bar. Rasa kekok juga. Tapi, sememangnya islam itu mudah dan boleh je diamalkan di mana-mana sahaja.


Berbalik pada kem,yang kelakarnya, LDK telah dijalankan dalam bentuk perbahasan.Bagi yang mengenali, tentunya tahu mengapa ia kelakar bagi saya. Sebagai seorang bekas(?) debater, ia agak pelik untuk berbahas dalam Bahasa Malaysia.(..seperti juga pelik berblog di dalam Bahasa Malaysia..lol~). Perbahasan dijalankan dalam tiga peringkat. Setiap kumpulan hendaklah menghantar tiga orang wakil.Kumpulan dibahagikan antara lelaki dan juga perempuan.Setiap pembahas diberi masa 2 minit sahaja untuk membentangkan kes.(yup..DUA MINIT sahaja).Pada peringkat akhir, dengan tajuk 'Facebook membawa keburukan dari kebaikan' kumpulan dipimpin Bro Afif iatu kumpulan 3 berjaya memenangi bahas tersebut.=)..Kebetulan ramai bekas pembahas dalam kumpulan 3.Apepun bak kata saudara Hosni(pembahas terbaik), 'Kami bukan mahukan kemenangan, tetapi kebenaran!'...>.<''
Ceramah atau talk2 yang lain tidak kurang hebatnya. Banyak ilmu, perkongsian pengalaman dan nasihat yang diberi. Walaupun berkhemah dalam cuaca yang sangat sejuk, dan juga hampir separuh peserta dapat sakit tekak(termasuk saya),ia merupakan satu pengalaman berharga.Terima kasih kepada para fasi dan juga senior kerana telah organize aktiviti tersebut. Apabila berangkat pulang ke Sheffield, hati kecil berbisik...'Nasib baik ak ikut.Kalau tak, konfirm tak buat apa2 pun hujung minggu.Rugi masa and rugi tak dapat peluang macam ni.' Terus saya teringat pepatah arab yang disebut oleh super senior tersebut:

'Air yang tidak mengalir akan merosakkan air tersebut.Pemuda yang banyak masa kosong akan menjadi dibusuki oleh masa tersebut'

Moga kem ini bukan empangan bagi pengaliran masa kami semua.=)





P.S:
~3 hari tak mandi pun tak busuk..=P
~menyesal terlupa bawak kamera sendiri..adieh..>.<''...Gambar ihsan dari Ibrahim..(kualiti buruk skit coz amik dari facebook..bukan salah Ba'im..)=)

Tuesday, October 13, 2009

Etika,akhlak dan racism

Setelah berakhirnya pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober yang lepas, masih ramai yang membincangkan isu etika dalam pemilihan wakil rakyat.Ada pelbagai pendapat mengenai kejayaan Tan Sri Isa Samad yang pernah terlibat dalam gejala politik wang memenangi kerusi DUN31 itu. Ada yang berpendapat, beliau wajar diberi peluang hanya kerana apa yang dilakukan bukan kesalahan jenayah dan ada juga yang berpendapat peluang UMNO untuk menunjukkan integriti dan ketelusan musnah dengan mencalonkan pemimpin sebegitu.

Persoalannya,'etika',mengapa ia begitu penting?

'Ethics' mengikut wikipedia : 'is a branch of philosophy which seeks to address questions about morality, such as what the fundamental semantic,ontological, and epistemic nature of ethics or morality is , how moral values should be determined, how a moral outcome can be achieved in specific situations , how moral capacity or moral agency develops and what its nature is, and what moral values people actually abide by.'

Secara tuntasnya, etika merupakan garis panduan moral yang dizahirkan dari segi pemikiran dan kelakuan yang melambangkan keperibadian(akhlak) seseorang itu. Dalam hadith Nabi, juga ada disebut betapa pentingnya etika, di antaranya:

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Etika itu penting bagi hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan juga sebagai landasan bagi melakukan sesuatu. Maka bukankah seseorang tanpa etika akan menghalalkan pelbagai cara hanya untuk mencapai matlamatnya? Ia bukanlah sesuatu yang remeh, kerana pada akhirnya, ia dapat merosakkan masyarakat.Fikir-fikirkanlah~

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang pengalaman saya berada di sini. Alhamdulillah berada di UK ini banyak juga membuka mata saya mengenai keadaan dunia masa kini dan juga saya berpeluang membuat perbandingan masyarakat. Sememangnya mereka ini orang kafir, tapi apa yang membuat saya terkilan adalah secara majoritinya, sikap mereka yang menghormati orang lain jauh lebih tinggi daripada apa yang berlaku di Malaysia. Yang peliknya, kalau di Malaysia, ramai yang menyatakan takut hendak ke UK disebabkan rasicm. Tapi, kalau dilihat dari segi menyeluruh, Malaysia lebih banyak memainkan sentimen perkauman berbanding di UK. Kalau di sini, mereka hormat apabila tahu kita muslim, dan tak minum, makan daging khinzir etc. They accept the difference and respect it. Walaupun mereka tidak suka sesuatu yang kita lakukan juga, mereka akan sangat berhati-hati dalam menegur kerana takut kita terkilan dan jika ia berkaitan agama mereka menghormati perkara itu. Memang tak semua macam tu, tetapi setakat ini, tidak dinafikan rasanye sangat selesa berada di negara tanpa ketegangan antara kaum sedemikian rupa.

Mereka boleh buat, mengapa kita tidak?




Nota penulis:~lol..saya sendiri boleh memberi pelbagai alasan bagi jawapan di atas, tapi pada akhirnya, jika kita betul2 mahu, boleh juga dijalankan.=)

~Pada rakan-rakan yang mengenali, saya masih sedang cuba memperbaiki penulisan saya.Harap maaf ye jika kurang menarik.;S

Monday, October 12, 2009

Lembaran buku baru

Bismillahirrahmanirrahim,(Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang),



Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 minggu berada di United Kingdom, saya berkesempatan untuk memulakan semula blog. Hajat untuk membuka blog baru sudah lama disimpan,sejak habis tahun pertama di UniKL BMI lagi, namun tidak kesampaian, disebabkan sikap saya sendiri yang tidak dapat mengumpul daya bagi memulakannya. Apepun, setelah sampai di negara orang, saya merasakan satu tanggungjawab untuk menulis semula di blog.Lebih-lebih lagi atas desakan sahabat2 yang tidak sabar2 untuk membaca entri penulis yang tak seberapa ini.=P

Blog saya sebelum ini, www.ammarehsan.blogspot .com lebih tertumpu kepada aktiviti saya dan juga kehidupan peribadi saya. InsyaAllah, blog baru yang saya buka ini akan lebih tertumpu kepada bentuk ilmiah atau pemikiran, dan juga sebagai satu medium dakwah bagi saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim insyaAllah. Entri-entri saya akan ditulis dalam kedua-dua bahasa melayu dan english. Saya ingin memohon maaf awal-awal lagi sekiranya terdapat banyak kesalahan tatabahasa atau jika penguasaan bahasa saya terlalu lemah.=)


Bagi yang tidak mengenali, saya Ammar Ehsan bin Omar, pelajar jurusan Kejeruteraan Elektrik di University Of Sheffield, United Kingdom.Bumi kelahiran Amerika namun berdarah dan rakyat Malaysia. Baru sahaja sampai ke Sheffield, United Kingdom dan bercita-cita mahu menjadi seorang entrepreneur berjaya.(Serasi dengan objektif MARA =P).

InsyaAllah, moga blog ini dapat membawa manfaat pada semua.~Amin



Ammar Ehsan 12 Oktober 2009