Monday, October 19, 2009

Perkhemahan Fresher's

Terus terang..pada mulanya tak tahu kenapa nak join freshers camp ni. Dalam banyak perkara, kita sering skeptikal mengenai sesuatu itu, dan mudah membuat andaian tanpa mencuba dahulu perkara tersebut.



'Diwajibkan kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui' (Surah Al-Baqarah 2:216)

Jelas, kita tidak seharusnya takut akan mencuba sesuatu terlebih dahulu .(selain dari perkara2 yang terang2 hanya merosakkan.)Slalu bertanya pada diri sendiri..y not?Kebanyakan masalah pelajar ialah mereka tidak berani untuk melakukan sesuatu yang mereka mahu lakukan apabila rakan mereka tidak melakukan perkara yang sama. Kita haruslah ada premis kita sendiri dan berani melakukan sesuatu sebelum kita menyesal kerana tidak melakukannya. Pedulikan apa orang kata, yang penting, kita sendiri tahu apa yang kita mahu lakukan dalam kehidupan. What you do now will shape who you are in the future.You are what you think. Adakah anda hanya mahu belajar jauh2 di UK dan dapat segulung ijazah sahaja?Atau anda mahukan lebih?~



Kontijen seramai 12 orang peserta dari Sheffield berangkat ke Welsby Forest Nottingham pada petang Jumaat pukul 6 petang.(Ada adengan terpaksa menempuh kesejukan diluar rumah sebab ada orang suruh tunggu kul 5..adieh..takpela..dugaan..T_T). Sepanjang perjalanan dalam tempoh satu jam tersebut, saya masih tertanya-tanya mengapa saya menyertai kem ini.Sebenarnya, saya sebelumnnya takde niat langsung nak masuk.Tapi,masa senior(kak eica=P) msg tanya nak masuk atau tidak, tak tahu kenapa, saya jawab ye je.>.<''.Alhamdulillah, mungkin Allah nak kasi hidayah kot.=) Kem ini disertai oleh pelajar dari 4 buah Universiti; Sheffield,Leeds,Nottingham dan juga Warwick. Alhamdulillah, peluang yang baik untuk berkenalan dengan ramai pelajar2 lain yang hebat2 dan semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.Walaupun saya sebenarnya umur setahun lebih tua dari mereka(setaun je pun...>.<'' ) tetapi rasenye tidak terase kot perbezaan tersebut kerana pemikiran saya tak matang lagi.=)


Kalau bukan sebab kem ni, saya mungkin tidak akan dapat tahu yang saya mempunyai seorang super senior(dah tamat blaja kat Sheffield) yang hebat.Beliau telah diberi dugaan oleh tuhan namun mengharungi setiap cabaran dengan kesabaran dan keimanan yang kuat.Nak tahu lebih lanjut?Baca blognya di sini. Seseorang yang banyak membuka mata dan memberi inspirasi kepada saya.

Selain itu, banyak ilmu yag telah dapat diperolehi terutamanya mengenai hukum2 hidup di luar negara ni.Tentunya, hidup di luar negara bukan seperti di Malaysia.Malaysia ada banyak masjid, surau,mussola, dan masa biasanya diperuntukkan bagi orang islam untuk menunaikan solat di Malaysia. Di negara di mana muslim adalah minoriti, tentunya keadaan berbeza. Maka kesemua perkara perlu dilakukan mengikut kesesuaiannya. Ironinya, kem ini kebanyakkan aktivitnya telah dikendalikan di dalam dewan yang juga fungsinya adalah sebuah bar.(tapi diorang tgh tak pakai la.). Baru 3 minggu kat UK dah banyak dah pengalaman masalah dihadapi apabila nak menunaikan solat. Sebelum kem ini pun, bukan kali pertama saya solat dalam bar. Rasa kekok juga. Tapi, sememangnya islam itu mudah dan boleh je diamalkan di mana-mana sahaja.


Berbalik pada kem,yang kelakarnya, LDK telah dijalankan dalam bentuk perbahasan.Bagi yang mengenali, tentunya tahu mengapa ia kelakar bagi saya. Sebagai seorang bekas(?) debater, ia agak pelik untuk berbahas dalam Bahasa Malaysia.(..seperti juga pelik berblog di dalam Bahasa Malaysia..lol~). Perbahasan dijalankan dalam tiga peringkat. Setiap kumpulan hendaklah menghantar tiga orang wakil.Kumpulan dibahagikan antara lelaki dan juga perempuan.Setiap pembahas diberi masa 2 minit sahaja untuk membentangkan kes.(yup..DUA MINIT sahaja).Pada peringkat akhir, dengan tajuk 'Facebook membawa keburukan dari kebaikan' kumpulan dipimpin Bro Afif iatu kumpulan 3 berjaya memenangi bahas tersebut.=)..Kebetulan ramai bekas pembahas dalam kumpulan 3.Apepun bak kata saudara Hosni(pembahas terbaik), 'Kami bukan mahukan kemenangan, tetapi kebenaran!'...>.<''
Ceramah atau talk2 yang lain tidak kurang hebatnya. Banyak ilmu, perkongsian pengalaman dan nasihat yang diberi. Walaupun berkhemah dalam cuaca yang sangat sejuk, dan juga hampir separuh peserta dapat sakit tekak(termasuk saya),ia merupakan satu pengalaman berharga.Terima kasih kepada para fasi dan juga senior kerana telah organize aktiviti tersebut. Apabila berangkat pulang ke Sheffield, hati kecil berbisik...'Nasib baik ak ikut.Kalau tak, konfirm tak buat apa2 pun hujung minggu.Rugi masa and rugi tak dapat peluang macam ni.' Terus saya teringat pepatah arab yang disebut oleh super senior tersebut:

'Air yang tidak mengalir akan merosakkan air tersebut.Pemuda yang banyak masa kosong akan menjadi dibusuki oleh masa tersebut'

Moga kem ini bukan empangan bagi pengaliran masa kami semua.=)





P.S:
~3 hari tak mandi pun tak busuk..=P
~menyesal terlupa bawak kamera sendiri..adieh..>.<''...Gambar ihsan dari Ibrahim..(kualiti buruk skit coz amik dari facebook..bukan salah Ba'im..)=)

Tuesday, October 13, 2009

Etika,akhlak dan racism

Setelah berakhirnya pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober yang lepas, masih ramai yang membincangkan isu etika dalam pemilihan wakil rakyat.Ada pelbagai pendapat mengenai kejayaan Tan Sri Isa Samad yang pernah terlibat dalam gejala politik wang memenangi kerusi DUN31 itu. Ada yang berpendapat, beliau wajar diberi peluang hanya kerana apa yang dilakukan bukan kesalahan jenayah dan ada juga yang berpendapat peluang UMNO untuk menunjukkan integriti dan ketelusan musnah dengan mencalonkan pemimpin sebegitu.

Persoalannya,'etika',mengapa ia begitu penting?

'Ethics' mengikut wikipedia : 'is a branch of philosophy which seeks to address questions about morality, such as what the fundamental semantic,ontological, and epistemic nature of ethics or morality is , how moral values should be determined, how a moral outcome can be achieved in specific situations , how moral capacity or moral agency develops and what its nature is, and what moral values people actually abide by.'

Secara tuntasnya, etika merupakan garis panduan moral yang dizahirkan dari segi pemikiran dan kelakuan yang melambangkan keperibadian(akhlak) seseorang itu. Dalam hadith Nabi, juga ada disebut betapa pentingnya etika, di antaranya:

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Etika itu penting bagi hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan juga sebagai landasan bagi melakukan sesuatu. Maka bukankah seseorang tanpa etika akan menghalalkan pelbagai cara hanya untuk mencapai matlamatnya? Ia bukanlah sesuatu yang remeh, kerana pada akhirnya, ia dapat merosakkan masyarakat.Fikir-fikirkanlah~

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang pengalaman saya berada di sini. Alhamdulillah berada di UK ini banyak juga membuka mata saya mengenai keadaan dunia masa kini dan juga saya berpeluang membuat perbandingan masyarakat. Sememangnya mereka ini orang kafir, tapi apa yang membuat saya terkilan adalah secara majoritinya, sikap mereka yang menghormati orang lain jauh lebih tinggi daripada apa yang berlaku di Malaysia. Yang peliknya, kalau di Malaysia, ramai yang menyatakan takut hendak ke UK disebabkan rasicm. Tapi, kalau dilihat dari segi menyeluruh, Malaysia lebih banyak memainkan sentimen perkauman berbanding di UK. Kalau di sini, mereka hormat apabila tahu kita muslim, dan tak minum, makan daging khinzir etc. They accept the difference and respect it. Walaupun mereka tidak suka sesuatu yang kita lakukan juga, mereka akan sangat berhati-hati dalam menegur kerana takut kita terkilan dan jika ia berkaitan agama mereka menghormati perkara itu. Memang tak semua macam tu, tetapi setakat ini, tidak dinafikan rasanye sangat selesa berada di negara tanpa ketegangan antara kaum sedemikian rupa.

Mereka boleh buat, mengapa kita tidak?




Nota penulis:~lol..saya sendiri boleh memberi pelbagai alasan bagi jawapan di atas, tapi pada akhirnya, jika kita betul2 mahu, boleh juga dijalankan.=)

~Pada rakan-rakan yang mengenali, saya masih sedang cuba memperbaiki penulisan saya.Harap maaf ye jika kurang menarik.;S

Monday, October 12, 2009

Lembaran buku baru

Bismillahirrahmanirrahim,(Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang),



Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 minggu berada di United Kingdom, saya berkesempatan untuk memulakan semula blog. Hajat untuk membuka blog baru sudah lama disimpan,sejak habis tahun pertama di UniKL BMI lagi, namun tidak kesampaian, disebabkan sikap saya sendiri yang tidak dapat mengumpul daya bagi memulakannya. Apepun, setelah sampai di negara orang, saya merasakan satu tanggungjawab untuk menulis semula di blog.Lebih-lebih lagi atas desakan sahabat2 yang tidak sabar2 untuk membaca entri penulis yang tak seberapa ini.=P

Blog saya sebelum ini, www.ammarehsan.blogspot .com lebih tertumpu kepada aktiviti saya dan juga kehidupan peribadi saya. InsyaAllah, blog baru yang saya buka ini akan lebih tertumpu kepada bentuk ilmiah atau pemikiran, dan juga sebagai satu medium dakwah bagi saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim insyaAllah. Entri-entri saya akan ditulis dalam kedua-dua bahasa melayu dan english. Saya ingin memohon maaf awal-awal lagi sekiranya terdapat banyak kesalahan tatabahasa atau jika penguasaan bahasa saya terlalu lemah.=)


Bagi yang tidak mengenali, saya Ammar Ehsan bin Omar, pelajar jurusan Kejeruteraan Elektrik di University Of Sheffield, United Kingdom.Bumi kelahiran Amerika namun berdarah dan rakyat Malaysia. Baru sahaja sampai ke Sheffield, United Kingdom dan bercita-cita mahu menjadi seorang entrepreneur berjaya.(Serasi dengan objektif MARA =P).

InsyaAllah, moga blog ini dapat membawa manfaat pada semua.~Amin



Ammar Ehsan 12 Oktober 2009