Tuesday, October 13, 2009

Etika,akhlak dan racism

Setelah berakhirnya pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober yang lepas, masih ramai yang membincangkan isu etika dalam pemilihan wakil rakyat.Ada pelbagai pendapat mengenai kejayaan Tan Sri Isa Samad yang pernah terlibat dalam gejala politik wang memenangi kerusi DUN31 itu. Ada yang berpendapat, beliau wajar diberi peluang hanya kerana apa yang dilakukan bukan kesalahan jenayah dan ada juga yang berpendapat peluang UMNO untuk menunjukkan integriti dan ketelusan musnah dengan mencalonkan pemimpin sebegitu.

Persoalannya,'etika',mengapa ia begitu penting?

'Ethics' mengikut wikipedia : 'is a branch of philosophy which seeks to address questions about morality, such as what the fundamental semantic,ontological, and epistemic nature of ethics or morality is , how moral values should be determined, how a moral outcome can be achieved in specific situations , how moral capacity or moral agency develops and what its nature is, and what moral values people actually abide by.'

Secara tuntasnya, etika merupakan garis panduan moral yang dizahirkan dari segi pemikiran dan kelakuan yang melambangkan keperibadian(akhlak) seseorang itu. Dalam hadith Nabi, juga ada disebut betapa pentingnya etika, di antaranya:

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Etika itu penting bagi hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan juga sebagai landasan bagi melakukan sesuatu. Maka bukankah seseorang tanpa etika akan menghalalkan pelbagai cara hanya untuk mencapai matlamatnya? Ia bukanlah sesuatu yang remeh, kerana pada akhirnya, ia dapat merosakkan masyarakat.Fikir-fikirkanlah~

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang pengalaman saya berada di sini. Alhamdulillah berada di UK ini banyak juga membuka mata saya mengenai keadaan dunia masa kini dan juga saya berpeluang membuat perbandingan masyarakat. Sememangnya mereka ini orang kafir, tapi apa yang membuat saya terkilan adalah secara majoritinya, sikap mereka yang menghormati orang lain jauh lebih tinggi daripada apa yang berlaku di Malaysia. Yang peliknya, kalau di Malaysia, ramai yang menyatakan takut hendak ke UK disebabkan rasicm. Tapi, kalau dilihat dari segi menyeluruh, Malaysia lebih banyak memainkan sentimen perkauman berbanding di UK. Kalau di sini, mereka hormat apabila tahu kita muslim, dan tak minum, makan daging khinzir etc. They accept the difference and respect it. Walaupun mereka tidak suka sesuatu yang kita lakukan juga, mereka akan sangat berhati-hati dalam menegur kerana takut kita terkilan dan jika ia berkaitan agama mereka menghormati perkara itu. Memang tak semua macam tu, tetapi setakat ini, tidak dinafikan rasanye sangat selesa berada di negara tanpa ketegangan antara kaum sedemikian rupa.

Mereka boleh buat, mengapa kita tidak?




Nota penulis:~lol..saya sendiri boleh memberi pelbagai alasan bagi jawapan di atas, tapi pada akhirnya, jika kita betul2 mahu, boleh juga dijalankan.=)

~Pada rakan-rakan yang mengenali, saya masih sedang cuba memperbaiki penulisan saya.Harap maaf ye jika kurang menarik.;S

2 comments:

  1. okay jela writing style camni.
    keep it up. :)

    ReplyDelete
  2. Usaha Tangga Kejayaan...

    ReplyDelete