Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha,Eid Mubarak!!

Tiada lembu disembelih di depan mata, tiada kedengaran takbir bergema, tiada keluarga di sisi gelak tertawa...Sememangnya Raya Korban atau 'Uddhiyah' mengikut orang Jordon (terbaca di blog ini )seperti dijangkakan begitu berbeza buat saya dan juga keluarga. Tapi jangan salah sangka, walaupun nada seakan-akan sedih, tapi sebenarnya saya amat gembira dan bersyukur.

Untuk diri saya, saya bersyukur dipanjangkan umur dan diberi peluang merasai pengalaman raya unik tak seperti majoriti rakan-rakan di Malaysia. Malam raya, saya bersama-sama dengan housemate takbir raya sendiri.

Pagi pula, pergi solat sunat aidiladha berkhutbahkan Bahasa Arab. Walaupun tak paham, rasenya dapat juga tangkap sikit bila dia sebut Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan qorban.Hehe.

Lepas selesai solat, ada kelas. Secara jujur, memang hari ni hari paaaaaling malas setakat ni nak pergi kelas.Tapi diorang amik attendance, maka kaki yang berat melangkah ke arah Mappin Building.

Petang pula, diisi dengan lab matlab 3 jam. Keluar-keluar je dah gelap dah. What a way to spend raya right? Huhu. Tapi, alhamdulillah, terasa juga suasana raya, albiet in a different way. Bila kat sini, muslim berbeza negara,kaum dan warna kulit mengucapkan 'Eid Mubarak' antara satu sama lain. Hari ni tiba-tiba semua jadi mesra.Huhu.

Untuk umi dan ayah, saya gembira akhirnya impian dan doa mereka untuk menjadi tetamu Allah dimakbulkan. Ketiadaan saya dan ibubapa di Malaysia menjadikan pengalaman baru untuk adik-beradik di sana. Kali pertama sejak lahir tak beraya bersama.

Sempena raya, saya cuba untuk menghubungi mereka beberapa minit sebelum pukul 8 pagi waktu Malaysia. Tanpa disangka, saya diberitahu mereka sudah pun pergi ke masjid. Biasanya sembahyang raya diorang ni memang liat nak bangun bersiap.Haha. Mungkin pengalaman tanpa Umi dan Ayah membuatkan mereka lebih independent dan sedar akan tanggugjawab mereka.....kot.InsyaAllah..=)
To them, I hope you are having a wonderful raya with the rest of the family at home. Boys,Jangan buli Amin..!=P ~Bila kat sini baru sedar betapa bestnya dapat jumpa adik-adik even just nak nyakat diorang..hahaha...[evil brother mode] . Tak kira they annoy us, selalu kacau kita, but our flesh and blood will always be our flesh and blood. =)

Owh, teringat waktu kecil dahulu,saya sempat bersekolah rendah di UK (ikut bapa yang menyambung pengajiannya di sini). Semasa raya, disebabkan waktu itu nasheed english tak populer lagi, kami diajar lagu raya ni:

'Hello Eid Mubarrak Hello!
Hello Eid Mubarrak Hello!
Hello Eid Mubarrak,Hello Eid Mubarrak,Hello Eid Mubarrak,Hello!'X3

and then ulang 2, 3 kali.Yes, memang sangat lame lagu ni, tapi at least time tue ada juga lagu raya nak nyanyi.Haha.

___________________________________________________________________
Kepada muslimin muslimat seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!! dan Eid Mubarak brothers and sisters!! =)

___________________________________________________________________

P.S:
~Iphone yang baru dibeli sebulan rosak.Takley on. Takley amik gambar raya. =(
~Good luck to my lil bro, Ameer, yang sedang menduduki peperiksaan SPM!!Angah will doakan your success and hopefully you can join me here or somewhere else outside Malaysia so that I can go and visit you there insyaAllah...Ameen.

3 comments:

  1. salam aidiladha.dekat india,diorang cakap Barakatti [something like that r.selalunya ckp eid mubarak gak!]

    owh,nasib same r kita.aku last paper theory semalam.sungguh x feel raya.susah plak tuh!

    p/s:rasa mcm dah cerita.haha!

    ReplyDelete
  2. @anum:salam aidiladha! Owh..raseny ko lagi tak best..sbb exam..huhu..banyak pahala dapat berkorban insyaAllah..;P
    p/s:yup2..rasa cam ko dah cakap..haha

    ReplyDelete
  3. kenape la saudara berblogging dalam bahasa melayu. just feels weird when i read it. lol

    ur iphone dah rosak??? kasihan. hope u get it fixed soon.

    ReplyDelete