Monday, November 9, 2009

United we stand

Kalau kat Malaysia, memang biasa kita jumpa masjid-masjid di setiap taman perumahan. Kalau kat shopping complex pun, majoriti ada surau disediakan untuk kemudahan solat bagi umat islam. Dah senang camni pun, ramai yang tak pergi pun untuk solat (saya mengaku, saya pun sama..solat di rumah je..T_T ).


Kalau kat UK pula, bila muslim itu satu minoriti, lain pula halnya. Kalau keluar jalan-jalan dan nak solat, kena melalui beberapa cabaran.


Gambar Hiasan(Meadowhall)

Cabaran first, nak amik wudhu'. Kalau kat Malaysia nak amik wudhu memang ada tempat disediakan. Tandas pun penuh dengan paip air. Kalau kat sini, paip air ada dekat sinki sahaja.Maka kalau nak basuh kaki tu, kena angkat kaki tinggi-tinggi.Boleh je kalau nak tadah air dan sapu, tapi mat salleh tak brape suka kalau lantai tandas diorang basah sangat.Maka tak buat camtu la untuk menghormati mereka.(Tapi, nama pun amik wudhu', mesti la basah jugak skit kan?) .Cabaran wudhu' bukan itu sahaja.Kat sini biasanya kat sinki ada dua kepala paip.Satu untuk air panas,satu lagi untuk air biasa;tapi disebabkan cuaca yang sejuk, maka sejukla air biasa tu.Kadang-kadang tandas ada air sejuk sahaja.Pergh!Bila amik wudhu memang menggigil sejuk. Ada air panas pun, lepas dah ambil and keluar dari tandas, rasa sejuk cuaca luar pula. Lagi best time-time berangin.

Cabaran kedua pula, nak solatla.Nak cari tempat yang sesuai untuk solat.Kalau kat shopping complex memang orang ramai kat mana-mana.So biasanya kena solat kat luar. Pertama, kena cari spot yang agak bersih dan tak menyusahkan orang ramai.Takkan tengah-tengah kawsan orang lalu lalang kita nak solat kan?Lepas tu, kena pakai sesuatu untuk dijadikan alas tempat solat.Kalau tak bawak sejadah sendiri, biasanya jaket la jadi mangsa.Pengalaman saya sendiri, solat kat luar kat kawasan car park, dia bawak sejadah.Tapi sejadah tu jenis kain nipis, so bila time nak solat tue, memang sejadah tu macam nak terbang pergi.Nasib baik kaki tengah pijak pangkal sejadah tu.Kalau tak memang dah terbang.

Cabaran ketiga pula, time solat.Takut ada orang atau binatang menganggu. Kisah dari senior, time diorang solat di bus stand, tetiba ada dua orang gadis mat salleh datang.Diorang tanya, "What are you doing?Can we join you?".Tapi sebab tengah solat, buat dunno jelakan.Lepas selesai solat baru pergi kat diorang nak explain.(susah kalau ada orang salah anggap kat sini.lagipun, mungkin peluang untuk dakwah?=]).Kalau ada kawan, boleh gilir-gilir solat.Seorang on the lookout dan seorang lagi solat.Kalau solat sorang je, susah skit.Kena pandai skit la pilih tempat dan tawakkal takde sape datang menganggu.

Firman Allah s.w.t:

…Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.”
~Surah Al-Maa-idah: 6

Hehe, nama je cabaran tapi sebenarnya takdela sukar sangat nak buat kalau kita betul-betul ikhlas dengan ibadah kita.Islam tue memang mudah dan boleh diamalkan di mana-mana sahaja.Paling teruk pun, kalau duduk atau baring pun boleh solat lagi.MasyaAllah..=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
~Surah Al-Hujurat : 10

Semalam, saya berpeluang pergi ke masjid di Dewford untuk international meeting of muslims dari Yorkshire. Terus terang, sebenarnya hati berbelah bahagi nak pergi sebab pada waktu yang sama ada match MU lawan Chelsea.Haha.Walaubagaimanapun, alhamdulillah, saya tak menyesal pergi ke Dewford.(sebab MU kalah...lalala~joking).Memang kagum melihat masjid Dewford yang besar seperti di Malaysia dan juga madrasah di sebelah masjid. Menarik juga melihat muslim dari negara-negara lain. Walau latar belakang berbeza, tapi semuanya di bawah satu ikatan keluarga muslim.

Masjid di Dewford

Bakal-bakal tahfiz di Dewford Mosque

Lepas habis meeting dan tazkirah, kami dijuadahkan dengan makanan nasi dan kari kambing. Alhamdulillah, kenyang (saya melantak kambing...lol).

P.S:
~Gambar dari Iphone, tak brape jelas juga.>.<''
~ 1 game does not win titles...glory-glory Man United!!=P
~Kenapa saya tak pergi tutorial?ish3....






7 comments:

  1. erk??? xg tutorial aper???

    Kalo lelaki sngla...

    Kalo perempuan??? Huhuhu...

    ReplyDelete
  2. perempuan biasa okay je semayang mana-mana, same je, sebab tu ramai opt to wear coats yang labuh (: i guess problem dekat toilet masa nak amek air sembahyang tu betul ;p orang-orang putih tu pelik je tengok orang angkat kaki letak dalam sink ;p ada orang tak nak buat, so diorang pakai khuf.. depends la kut..

    oh ada lagi satu problem about sembahyang.. kalau lectures straight je takde gap in between.. kadang-kadang dah maghrib baru kelas habis.. orang kata boleh jamak kan cat kan?

    ReplyDelete
  3. @anon:tutorial smalam..abaikan...sila lihat pandangan iman di bawah..=)

    @iman:Owh..betul2!kalau pakai khuf memang lagi senang.Kalau ikut ustaz Mazlee, memang boleh jamak..thanks for your views=)

    ReplyDelete
  4. yeah ur maturity is linear with your writing.haha.
    kiut la entry ni, nmpk mcm simple but this is a very nice sharing.
    u've grown ammar!(me, as ur kakak =p)
    kipidap, keep on writing n sharing. bukan semua dpt nikmat untuk diuji dgn kepayahan nak solat di bumi yang tidak mengEsakan Allah

    =)

    ReplyDelete
  5. @ayu: Thanks for the compliment..I appreciate it a lot kak/adik..lol^^

    @joe:tunjuk apa joe?sorry,tak paham..ak lambat pickup skit..

    ReplyDelete
  6. kat uk i smayang dalam fitting room berbekalkan coat2 labuh kat kedai itu dan kompas kiblat. hehe :)

    ReplyDelete